Sunday 5 February 2012

berubah itu suatu PENGORBANAN!

bismillahirrahmanirrahim.

fuh! berhabuk sudah blog ini.
examination atau peperiksaan.
itu alasan paling kukuh sebab insan biasa tidak update.

berubah.
satu perkataan yang selalu terlintas dalam kotak fikiran,
ataupun Cerebral Cortex <---ok.ini poyo.
namun,
perkataan ini acapkali diabaikan begitu sahaja,
tanpa usaha ke arah itu.

sebab?
tunggu hidayah.
tak ready lagi lah.

satu persoalan di sini.
jika anda mati sekarang,
tatkala anda tengah membaca blog insan biasa ini *^_^*,
ataupun tatkala anda di bawah saratoga berharga 200++,
nyawa dicabut.
tak sempat berubah.
masih sempat untuk berpatah balik?
tak pun,
cakap kat malaikat izrail,

"please please! jangan tarik nyawa aku dulu! nak taubat jap.lepak jap!"

manusia,
berubah memang memerlukan pengorbanan.
dia berbeza apabila,
antara orang yang sedia alim(ketayap atas kapla)
dengan,
orang yang sebelum ini langsi/otai/abang long kawasan,
untuk berubah.
sudah tentu orang yang ''nakal'' pada awalnya,
amat sukar untuk berubah.

tetapi insan,
yakinlah.
dengan janji Allah,
selagi mana kita masih sempat,
menghirup O2 dan menghembus H2O,
selagi itu teruskanlah bertaubat.
Allah itu Maha Pengampun!

kadang-kadang,
manusia itu,
takut dengan pandangan mata insan lain,
tetapi tidak takut dengan pandangan Allah.
lebih rela ikut up-to-date fesyen terkini,
yang kebanyakkannya menggunakan sumber kain yang sedikit,
berbanding ikut up-to-date fesyen Islam.

manusia,
sedarlah,
jika Allah tidak kurniakan nyawa,
atau mungkin meng'ignite'kan,
SA node di jantung kita,
kita tidak akan dapat melihat dunia ini.

justeru,
kenapa perlu berlengah dalam berubah?
berkorban untuk awek/balak/bf/gf boleh,
sanggup bazir kredit nak buat super savers malam2,
tapi berkorban untuk Allah?
kosong?

akhir kalam,
jangan takut untuk berubah.
teruskanlah.
berkorban ke arah lebih baik itu,
ganjarannya pahala.
yakinlah.
Allah itu Maha Penerima Taubat!
berubah itu suatu PENGORBANAN!
selamat berubah! :)