Friday 16 December 2011

ISLAM larang bercinta??

Bismillahirrahmanirrahim..

module sistem saraf kali ni betul2 buat diri ini rasa macam robot.perh.seriyes,banyak sangat untuk dihafal dan di'memorize'. mohon Allah beri kekuatan.

ok lah.tajuk kali ni, ''ISLAM larang bercinta??"

ramai jugak yang berfikiran macam ni,
tapi sebelum anda cop Islam ni tak kasi bercinta,
biar saya ajukan balik soalan buat para pembaca.
kalau benar ISLAM tak kasi bercinta,
dah tu macam mana dengan Siti Khadijah dengan Rasulullah?
Saidatina Aisyah dengan Rasulullah?
tak bercinta??

Insan,
cinta itu fitrah manusia,
yang kadang2 kita tak mintak untuk hadirnya perasaan itu.
dan sebaik-baik percintaan adalah,
percintaan yang boleh membawa kita dekatkan diri kepada Ar-Rahman.

tetapi insan,
cuba renung sekejap.
berapa ramai yang cintakan pasangan mereka,
and yet buat maksiat dengan si dia.

jika benar kita kasih,cinta,sayang,
terhadap pasangan kita,
and sudi untuk sehidup semati,
justeru,
kenapa perlu kita sanggup untuk menariknya ke neraka kelak?
itu nama kasih?cinta?sayang?

saya pernah bertanya,
kat seorang sahabat saya,
sampai bila dia nak bercinta?

"insyaAllah sampai kahwin"
"kalau boleh biar sampai syurga :) "

nah!
nak sampai syurga,
tapi tangan dok berkepit,
keluar berdua-duaan.
dengan cara ni anda nak jumpa si dia,
di syurga Allah kelak?
for sure jawapan 'tak' kan?
then?

insan,
pasangan kita tu,
makhluk Allah,
dan cinta itu pun anugerah Allah,
jadi,
kenapa perlu kita melakukan perkara,
yang mendatangkan kemurkaan Allah,
sedangkan kedua-duanya(cinta dan si dia),
adalah milik Allah?

bagi saya,
saya teringin sangat nak jumpa,
orang yang saya tengah sayang sekarang ni,
yang saya cinta,
yang saya kasih,
kat syurga Allah kelak.

akan kerana,
di akhirat kelak lah pengakhiran kita,
dunia ni hanya sebagai tempat persinggahan.

jika benar kasih,
jika benar cinta,
jika benar sayang,
berkorban lah sikit untuk si dia.
tahan lah sikit untuk nak gayut malam-malam,
untuk keluar bersama,

bukan apa.
nanti dah kahwin,
bukan tak boleh buat semua tu,
lebih dari tu pun boleh. :p


saya anti-couple?
tidak.tidak sama sekali.
couple lah,tapi dengan syarat,
ikutlah syariat yang telah ditetapkan.
even saya pun bercinta jugak. hikhikhik. *blushing*



akhir kata,
*tepuk dada tanya hati.bai,kalau sayang,biarlah sampai syurga ye? :) *


Assalamualaikum :) jaga diri,jaga iman ye?

Friday 9 December 2011

ujian OH ujian!

''asal lah balik-balik aku yang kena?!''

''hish! aku dah belajar giler-giler kot,pehal result aku macam ni?ADUHAI!''

":("

assalamualaikum bloggers,

alhamdulillah,diri ini masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat Ar-Rahman..

Duhai teman,
ujian..dugaan..kesusahan.
semua serupa bukan?
namun,
sedarikah kita,
acapkali keluhan terkeluar apabila ujian menimpa.
kenapa tuhan kita jadikan tempat untuk dipersalahkan?

"dan adakah kamu itu dikira orang beriman,seandainya kamu tidak diuji?''

Insan,
kita tidak akan tahu maksud di sebalik ujian itu.
dugaan kecil mahupun besar,hikmah itu pasti.
namun,
kerana jahilnya kita,
kita mudah melatah,
dan berfikir Allah itu tidak adil dan mahu menyusahkan kita!

jika benar Allah itu tidak adil,
kenapa Allah sentiasa memberikan nikmat kepada kita,
jangan fikirkan nikmat yang besar-besar,
cukuplah nikmat untuk kita bernafas di alam ini.
masih butakah kita?
tak layak kah sang pencipta menguji kita tatkala nikmat-Nya sudah diberikan?


Insan,
tanpa kita sedar,
ramai orang menemui tuhan ketika dia menghadapi dugaan/dukacita.
namun,
tidak ramai yang menemui tuhan ketika dia gembira.
berapa ramai yang khusyuknya dia dalam solat,
tatkala ujian menimpa?

nah!
nampak kan?
ujian itu untuk kebaikan kita!
agar kita makin dekat dengan tuhan sekalian alam dan tidak akan alpa dengan gelombang dosa.
bukan untuk menyusahkan kita!

kata Ali Zainul Abidin,
''wahai tuhan,jangan engkau serahkan urusan diri ku ini kepada kepadaku,
nescaya aku tidak mampu.
dan janganlah engkau serahkan urusan diriku ini kepada orang lain,
nescaya mereka akan mensia-siakannya."

manusia,
sedarilah akan hakikat ujian itu.
ujian yang kita tanggung ini,
tidak sehebat ujian para anbiya'.
justeru,
kenapa perlu ada keluhan?

''hasbiyaAllah,wani' mal wakil"
(cukuplah bagi kami ini Ya Allah,Dialah tempat sebaik-baik diserahkan urusan) 

''Allah tidak akan menguji seseorang,melainkan apa yang mampu ditanggungnya..''

buat renungan bersama! 
Assalamualaikum!
jaga diri dan iman ya!

buat puteri kasih..

assalamualaikum,

alhamdulillah nikmat tuhan masih lagi sempat ku rasai.masih lagi diberi peluang untuk menghambakan diri ini kepada sang pencipta.

"PUTERI KASIH''

gf aku?
bukan gf sama sekali.

namun,dia sangat istimewa.

tatkala aku alpa,dia bisikkan bicara keinsafan,

pabila aku diuji ya Rabb,dia berikan aku kekuatan,
kekuatan agar tidak mudah menyerah,
dan sentiasa teruskan menempuh dugaan demi dugaan,

di saat aku hilang keyakinan,
dialah yang sentiasa menyalakan harapan.

tidak.
dia bukan kekasih.
bukan juga "girlfriend".

kerana hormat,
aku tidak pernah keluar ''dating'' bersama.
kerana hormat,
aku tidak pernah memegang,
walaupun seinci bulu romanya.
dan kerana hormat,
aku tidak pernah letih untuk perbaiki diri ini.

kerana aku percaya,
cinta yang abadi,
bukan diakhiri dengan perkahwinan dan kematian,
tetapi,
bertemu di syurga Allah.

doa buat puteri kasih..

Ya Allah,
jika benar dia jodohku,
Kau jauhkanlah kami dari sebarang maksiat,
yang boleh mendatangkan kemurkaan-Mu,
namun ya Rabb,
jika dia bukan jodohku,
Kau jauhilah aku,
dari kesedihan dan kemurungan.
Jadikan lah,
cinta ku kepada dia ini,
cinta yang dapat membawa ke jalan-Mu,
wahai Tuhan Sekalian Alam.

Amin.

*moga aku dapat menyarungkan cincin
di jari manismu kelak*

*puteri kasih,maaf ye sebab buat prank call yang macam tak jadi.saya tau awak marah.maaf sangat*

Tuesday 6 December 2011

..kerana seekor sperma..

Surah Yaasin;77


"Dan tidakkah manusia itu memperhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitis mani,ternyata dia menjadi musuh yang nyata"


assalamualaikum :)


setinggi kesyukuran kita panjatkan,kerana masih dapat menikmati nikmat dunia ini,di samping terus menjadi hamba yang soleh/solehah.


jika dulu,di sekolah,
bab 'reproduction' nilah yang,
menjadi bahan senyuman/gelak tawa buat pelajar lelaki,
manakala pelajar perempuan,
tunduk malu.*blushing* -.-


namun rakan-rakan,
ayat 77 dalam surah Yaasin,
benar-benar menyedarkan diri ini.
tentang betapa hinanya kejadian kita.
kenapa?
ok.cuba bayangkan..


dalam sebuah kenduri,
masing-masing sibuk makan,
tiba-tiba,
kita ambil satu cawan dipenuhi air mani,
dan letakkan di tengah-tengah kerumunan mereka yang tengah makan.
apa reaksi agak-agaknya eh?


marah?
campak buang?
or JIJIK??


haa.itu yang ana cuba tekankan di sini.
manusia itu diciptakan hanya dari setitis air mani,
yang bagi kita macam "euwwww!",
tapi itulah realiti...


jadi insan,
kenapa kita masih ingin sombong dengan sang pencipta?
tatkala kita sibuk berkepit dengan makwe/pakwe,
DIA masih tidak lupa untuk memberikan nikmat-Nya..
tidak putus-putus pulak tu.


persoalannya di sini.
bila agaknye nak kembali ke jalan asal ni?
tunggu tua?


"lekk lu!muda ni la nak enjoyyy!"


tapi insan,mati tidak mengenal usia.
tidak mungkin dengan amalan kita skang nii,
dapat menjamin kita untuk ke syurga Allah..
silap hari bulan ke neraka,nauzubillah!


peringatan buat diri ini dan rakan-rakan :)


assalamualaikum!



Monday 5 December 2011

Nikmat Terbesar.

assalamualaikum pembuka bicara..

buat sahabat-sahabat dan keluarga,

alhamdullillah.syukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih dipertemukan lagi.
masih diberi kebolehan untuk menghirup nikmat oksigen di muka bumi ini.
masih dikurniakan nikmat iman dan Islam.

Namun,

berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar bersyukur tatkala kita diberikan nikmat yang terbesar ini?
nikmat Iman dan Islam itu sendiri.
Insan,jika dia hendak bersyukur kepada Allah,nescaya dia tidak akan mampu.
mungkin kita terleka akan keasyikan dunia.
namun sedarilah wahai insan,itulah dugaan kita di muka bumi.
mudah terleka.mudah lalai dengan sesuatu.

ayuh,kembalilah ke pangkal jalan duhai insan!
ketika Rasulullah ditanya oleh saidatina Aisyah,
''mengapa Ya Rasulullah kamu masih tidak putus2 sembahyang sehingga mencederakan diri(bengkak2 kaki),dan bersyukur ke atas-Nya
sedangkan kamu diyakini akan dimasukkan ke dalam syurga?''
kata Rasulullah,
''Ya Humaira,adakah salah untuk seorang hamba mengucapkan rasa syukur kepada seorang ''tuan''
yang sentiasa memberikan nikmat?''


*sedangkan Rasulullah tidak putus-putus mengucapkan syukur ke atas Allah,
mengapa tidak kita?*

-Hidup ini umpama seorang musafir,yang berhenti berehat di bawah sepohon pokok,lalu meneruskan ianya kembali-