Friday 9 December 2011

ujian OH ujian!

''asal lah balik-balik aku yang kena?!''

''hish! aku dah belajar giler-giler kot,pehal result aku macam ni?ADUHAI!''

":("

assalamualaikum bloggers,

alhamdulillah,diri ini masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat Ar-Rahman..

Duhai teman,
ujian..dugaan..kesusahan.
semua serupa bukan?
namun,
sedarikah kita,
acapkali keluhan terkeluar apabila ujian menimpa.
kenapa tuhan kita jadikan tempat untuk dipersalahkan?

"dan adakah kamu itu dikira orang beriman,seandainya kamu tidak diuji?''

Insan,
kita tidak akan tahu maksud di sebalik ujian itu.
dugaan kecil mahupun besar,hikmah itu pasti.
namun,
kerana jahilnya kita,
kita mudah melatah,
dan berfikir Allah itu tidak adil dan mahu menyusahkan kita!

jika benar Allah itu tidak adil,
kenapa Allah sentiasa memberikan nikmat kepada kita,
jangan fikirkan nikmat yang besar-besar,
cukuplah nikmat untuk kita bernafas di alam ini.
masih butakah kita?
tak layak kah sang pencipta menguji kita tatkala nikmat-Nya sudah diberikan?


Insan,
tanpa kita sedar,
ramai orang menemui tuhan ketika dia menghadapi dugaan/dukacita.
namun,
tidak ramai yang menemui tuhan ketika dia gembira.
berapa ramai yang khusyuknya dia dalam solat,
tatkala ujian menimpa?

nah!
nampak kan?
ujian itu untuk kebaikan kita!
agar kita makin dekat dengan tuhan sekalian alam dan tidak akan alpa dengan gelombang dosa.
bukan untuk menyusahkan kita!

kata Ali Zainul Abidin,
''wahai tuhan,jangan engkau serahkan urusan diri ku ini kepada kepadaku,
nescaya aku tidak mampu.
dan janganlah engkau serahkan urusan diriku ini kepada orang lain,
nescaya mereka akan mensia-siakannya."

manusia,
sedarilah akan hakikat ujian itu.
ujian yang kita tanggung ini,
tidak sehebat ujian para anbiya'.
justeru,
kenapa perlu ada keluhan?

''hasbiyaAllah,wani' mal wakil"
(cukuplah bagi kami ini Ya Allah,Dialah tempat sebaik-baik diserahkan urusan) 

''Allah tidak akan menguji seseorang,melainkan apa yang mampu ditanggungnya..''

buat renungan bersama! 
Assalamualaikum!
jaga diri dan iman ya!

4 comments:

  1. gua nak menangis bila baca entry ni. teruskan menulis abang fikri. teruskan.

    ReplyDelete
  2. baca entry ni smbil dgr music background...fuh mantop!!!
    keep it up bro....n_n

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas pujian :)
    bukanlah coretan blog ini untuk bermegah dengan pujian,cuma sekadar ingat mengingati sesama kita.
    insyaAllah ;)

    ReplyDelete