Friday 9 December 2011

buat puteri kasih..

assalamualaikum,

alhamdulillah nikmat tuhan masih lagi sempat ku rasai.masih lagi diberi peluang untuk menghambakan diri ini kepada sang pencipta.

"PUTERI KASIH''

gf aku?
bukan gf sama sekali.

namun,dia sangat istimewa.

tatkala aku alpa,dia bisikkan bicara keinsafan,

pabila aku diuji ya Rabb,dia berikan aku kekuatan,
kekuatan agar tidak mudah menyerah,
dan sentiasa teruskan menempuh dugaan demi dugaan,

di saat aku hilang keyakinan,
dialah yang sentiasa menyalakan harapan.

tidak.
dia bukan kekasih.
bukan juga "girlfriend".

kerana hormat,
aku tidak pernah keluar ''dating'' bersama.
kerana hormat,
aku tidak pernah memegang,
walaupun seinci bulu romanya.
dan kerana hormat,
aku tidak pernah letih untuk perbaiki diri ini.

kerana aku percaya,
cinta yang abadi,
bukan diakhiri dengan perkahwinan dan kematian,
tetapi,
bertemu di syurga Allah.

doa buat puteri kasih..

Ya Allah,
jika benar dia jodohku,
Kau jauhkanlah kami dari sebarang maksiat,
yang boleh mendatangkan kemurkaan-Mu,
namun ya Rabb,
jika dia bukan jodohku,
Kau jauhilah aku,
dari kesedihan dan kemurungan.
Jadikan lah,
cinta ku kepada dia ini,
cinta yang dapat membawa ke jalan-Mu,
wahai Tuhan Sekalian Alam.

Amin.

*moga aku dapat menyarungkan cincin
di jari manismu kelak*

*puteri kasih,maaf ye sebab buat prank call yang macam tak jadi.saya tau awak marah.maaf sangat*

2 comments:

  1. pergh boyak. hebat lu skang. dah ada puteri kasih la bagai.

    rindu sama lu la boyak.

    ReplyDelete
  2. rindu iman jugak :)
    takpe.ini puteri kasih buat bini bila aku dah jadi macam aku cakap kat kau.
    insyaAllah ;p

    ReplyDelete