Tuesday 6 December 2011

..kerana seekor sperma..

Surah Yaasin;77


"Dan tidakkah manusia itu memperhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitis mani,ternyata dia menjadi musuh yang nyata"


assalamualaikum :)


setinggi kesyukuran kita panjatkan,kerana masih dapat menikmati nikmat dunia ini,di samping terus menjadi hamba yang soleh/solehah.


jika dulu,di sekolah,
bab 'reproduction' nilah yang,
menjadi bahan senyuman/gelak tawa buat pelajar lelaki,
manakala pelajar perempuan,
tunduk malu.*blushing* -.-


namun rakan-rakan,
ayat 77 dalam surah Yaasin,
benar-benar menyedarkan diri ini.
tentang betapa hinanya kejadian kita.
kenapa?
ok.cuba bayangkan..


dalam sebuah kenduri,
masing-masing sibuk makan,
tiba-tiba,
kita ambil satu cawan dipenuhi air mani,
dan letakkan di tengah-tengah kerumunan mereka yang tengah makan.
apa reaksi agak-agaknya eh?


marah?
campak buang?
or JIJIK??


haa.itu yang ana cuba tekankan di sini.
manusia itu diciptakan hanya dari setitis air mani,
yang bagi kita macam "euwwww!",
tapi itulah realiti...


jadi insan,
kenapa kita masih ingin sombong dengan sang pencipta?
tatkala kita sibuk berkepit dengan makwe/pakwe,
DIA masih tidak lupa untuk memberikan nikmat-Nya..
tidak putus-putus pulak tu.


persoalannya di sini.
bila agaknye nak kembali ke jalan asal ni?
tunggu tua?


"lekk lu!muda ni la nak enjoyyy!"


tapi insan,mati tidak mengenal usia.
tidak mungkin dengan amalan kita skang nii,
dapat menjamin kita untuk ke syurga Allah..
silap hari bulan ke neraka,nauzubillah!


peringatan buat diri ini dan rakan-rakan :)


assalamualaikum!



No comments:

Post a Comment